Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak wajar jawab soalan 1MDB sekarang, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dinasihatkan bahawa tidak wajar menjawab soalan-soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1MDB kerana pihak berkuasa menyatakan siasatan masih dijalankan.

Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, bekas perdana menteri itu berkata dalam konteks yang terhad ini, beliau tidak nampak apa-apa faedah untuk melibatkan diri dalam wacana umum dengan Lim mengenai isu tersebut.

"Saya akan - apabila dan jika perlu - membincangkan hal itu pada forum yang berkenaan," kata beliau merujuk kepada kenyataan Lim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Dalam kenyataan itu, Lim berkata Najib selaku bekas menteri kewangan harus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab terhadap skandal 1MDB.

Beliau juga membangkitkan banyak soalan mengenai pelaburan bernlai AS$8.33 bilion (AS$1 = RM3.98) yang dibuat oleh 1MDB antara 2009 dan 2013.

Lim juga meminta bekas perdana menteri itu menjelaskan berhubung beberapa transaksi yang telah dibuat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS