Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gobind bentang cadangan Majlis Media kepada kabinet tak lama lagi

Kerajaan sedang merangka cadangan untuk mewujudkan Majlis Media Kebangsaan yang akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa dua minggu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini.

Beliau berkata bagi merealisasikan matlamat itu kerajaan berharap akan mendapat penyertaan daripada pelbagai sektor.

"Saya baru saja mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan dan menyampaikan bahawa kita ingin mendapat penyertaan dari pelbagai pihak.

"Nama dan struktur sebenar siapa yang akan menyertai majlis media ini dan sebagainya belum diputuskan.

"Ini adalah sesuatu yang saya akan cadangkan kepada kabinet mungkin dalam tempoh dua minggu jika saya boleh," kata Gobind selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pegawai kementeriannya petang ini.

Gobind berkata beliau juga telah mengarahkan Bernama News Channel (BNC) supaya menyiarkan semula siaran beritanya dalam bahasa Tamil dan Mandarin selain meminta laporan mengenai mengapa ia dihentikan sebelum ini.

"Saya telah mengarahkan Bernama untuk menyiarkan semula berita dalam bahasa Tamil dan Mandarin, saya juga minta ia dilaksanakan dalam tempoh dua minggu, jika boleh.

"Banyak orang yang datang berjumpa saya dan tanya mengapa program-program ini dikeluarkan kerana ia sangat memberi manfaat kepada mereka.

"Ini sebab mengapa saya minta mereka untuk siarkan semula," katanya.

Berhubung isu kelajuan Internet, Gobind berkata beliau akan menemui syarikat telekomunikasi tempatan (telco) dua minggu akan datang untuk membincangkan isu tersebut.

"Kami melihat dua aspek, pertama ialah menggandakan kelajuan dan yang lain mengurangkan kos. Saya akan berjumpa dengan telco mungkin minggu depan atau minggu berikutnya untuk membincangkan langkah ke hadapan, "katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS