Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Awas HARAPAN, kami jejaki janji kamu'
Diterbitkan:  Jun 10, 2018 9:26 AM
Dikemaskini: 1:48 AM

Hari ini menandakan bulan pertama pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) di Putrajaya sejak kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun tidak seperti masa lalu, rakyat kini termasuk penyokong HARAPAN mengawasi secara rapat dasar kerajaan baru.

Bersama slogan "Memastikan kerja demokrasi', beberapa anak muda yang mengakui bersikap non-partisan menghasilkan inisiatif yang digelar sebagai Harapan Tracker (penjejak HARAPAN).

Menurut laman Facebook kumpulan berkenaan, aplikasi itu digerakkan bagi mengesan, memantau dan meneliti prestasi kerajaan HARAPAN.

Setakat ini, Harapan Tracker telah merekodkan tiga janji yang berjaya dicapai, dua janji dimungkiri dan 35 daripada 288 sedang dijalankan.

Janji-janji ini termasuk 10 janji yang dibuat dalam manifesto mereka untuk dipenuhi dalam tempoh 100 hari, enam janji yang akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun serta yang dibuat dalam ucapan semasa kempen dan sidang akhbar.

"Matlamat utama platform atau alat ini adalah untuk membolehkan semua orang melihat apa yang telah atau tidak dicapai oleh kerajaan, dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap janji-janji mereka.

"Matlamat kedua kami (tetapi sama pentingnya dalam jangka masa panjang) adalah untuk melakukan kerja-kerja demokrasi dengan memberi inspirasi kepada orang ramai mengambil bahagian dalam perbicangan dan perbahasan dasar dan menjauhkan politik kotor," kata pengasas Harapan Tracker Dennis Kam, yang dilahirkan di Pulau Pinang tetapi sekarang bekerja di Singapura.

'HARAPAN masih ada harapan'

Ditanya pandangannya mengenai prestasi HARAPAN, pemuda berusia 28 tahun itu berkata kumpulan itu, yang terdiri daripada empat rakan sepasukan, percaya parti itu masih mempunyai harapan.

Kam berkata HARAPAN sebelum ini berjanji akan meningkatkan ketelusan, terutamanya dalam cadangan melibatkan projek awam.

"Setiap hari kita dapat berita baru mengenai bagaimana semuanya berlaku peningkatan, jadi saya akan memberikan markah 6/10," katanya kepada Malaysiakini.

Kam mahu melihat prestasi HARAPAN memperoleh markah 10/10 dan menawarkan beberapa petunjuk untuk mencapai matlamat itu.

"Mulakan dengan demokrasi parlimen dan beransur-ansur beralih dari "demokrasi perdana menteri". Banyak dasar yang sedang dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen.

"Kita perlu sedar HARAPAN hanya mendapat 47.92 peratus undi popular dalam PRU14, jadi lebih separuh daripada rakyat tidak diwakilinya.

"HARAPAN harus mempunyai strategi perhubungan awam yang lebih jelas dan mengawal naratif. Ia mungkin sukar untuk mengemudikan sebuah kerajaan campuran, jadi penting untuk menyampaikan suara yang bersatu," katanya.

Lihat Komen
ADS