Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Kasut cucu saya pun mereka kebas
Diterbitkan:  Jun 22, 2018 6:46 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Sebagai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dilayan secara sopan ketika disiasat berkaitan isu 1MDB.

“Saya tertakluk kepada serbuan dan segala macam perkara lagi,” katanya kepada Reuters.

Najib merujuk kepada serbuan polis di rumahnya dan tiga lagi unit kondominium mewah di Kuala Lumpur. Dua unit hartanah itu milik anaknya.

“Saya tidak pernah jangkakan perkara macam ini akan berlaku. Kasut cucu saya pun diambil.

“Di pangsapuri anak saya, pembantunya, orang kepercayaannya, yang buat semua perkara untuknya, jam murah dia pun diambil.

“Apa kena mengena benda itu dengan 1MDB?

“Mereka mahu burukkan air muka saya di mata awam,” katanya.

Semasa serbuan itu, polis merampas 72 beg wang tunai dan barang-barang lain, termasuk jam tangan dan barang-barang berharga lain.

Hampir 300 beg tangan berjenama turut dirampas.

Polis kemudian mendedahkan kira-kira RM114 juta wang tunai melibatkan 26 mata wang terdapat dalam 35 beg yang dirampas.

Umno menuntut wang tunai itu yang didakwanya milik mereka dan sedang dalam proses dipindahkan kepada parti selepas Najib meletakkan jawatan sebagai presiden.

Najib melalui peguamnya telah mengeluarkan kenyataan mengecam tingkah laku pegawai polis ketika serbuan itu, yang antaranya didakwa makan makanan dan coklat dalam peti sejuk.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS