Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sekarang saya dah tak boleh tangkap orang sesuka hati'
Diterbitkan:  Jul 17, 2018 12:37 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sekarang terikat dengan manifesto Pakatan Harapan dan tidak boleh berbuat sesuka hati.

“Saya kena ikut manifesto yang ditetapkan oleh gabungan (Pakatan Harapan).

"Saya tidak bebas buat apa yang saya suka kerana terikat dengan tanggungjawab menjalankan keputusan gabungan, dan gabungan ini telah memutuskan kita kembali pada demokrasi,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Al Jazeera.

Media antarabangsa itu antaranya bertanya sama ada beliau mahu menggunakan pendekatan keras seperti pernah dilakukan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

Ketika itu, kata Al Jazeera, timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi sekutu politik, sendiri disumbat ke penjara.

Mahathir bagaimanapun menegaskan Malaysia akan kembali kepada kedaulatan undang-undang.

“Hari ini saya tidak boleh buat keputusan sendiri untuk tangkap orang,” katanya.

Mahathir bagaimanapun berkata pentadbirannya sebelum ini tidak pernah menggunakan kuasa secara rawak, sebaliknya mesti mempunyai sebab tertentu.

Lihat Komen
ADS