Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'LGBT hanya mahu hak sama seperti semua orang, tak lebih'

Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia hanya mahukan hak yang sama dinikmati rakyat Malaysia lain dan tidak lebih daripada itu, kata aktivis sosial Marina Mahathir hari ini.

Marina berkata, komuniti LGBT menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

"Di Malaysia, komuniti LGBT agak berbeza daripada apa yang anda lihat di Barat. Saya fikir semua orang telah diwarnai oleh apa yang mereka lihat di Barat.

"Masyarakat LGBT di Malaysia tidak meminta hak tambahan, mereka minta hak yang sama seperti orang lain.

"Setakat yang saya tahu, dan saya mempunyai sejarah panjang mengetahui komuniti ini, mereka tidak begitu agresif dalam menuntut hak mereka.

"Seperti yang anda lihat, sebahagian besar daripada mereka terpinggir, dan jika anda dipinggirkan, anda pada asasnya tidak mempunyai daya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ampang hari ini.

Marina diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang mengatakan bahawa LGBT tidak seharusnya didiskriminasikan, tetapi tidak boleh mencabar sistem dan nilai di negara.

"Setiap warganegara Malaysia bebas dan tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja dan dalam isu lain.

"Berhubung orientasi seksual, jika kita diam-diam tanpa mencabar sistem, itu isu lain.

"(Tapi) jika kita secara terbuka mempromosikan LGBT sebagai budaya, ia akan menjadi isu terhadap nilai dalam masyarakat kita dan undang-undang negara," katanya kepada pemberita di lobi parlimen pada 17 Julai lalu.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS