Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Michelle Yeoh pengeluar bersama filem Billion Dollar Whale
Diterbitkan:  Sep 28, 2018 10:40 AM
Dikemaskini: 5:21 AM

Pelakon kelahiran Malaysia Michelle Yeoh akan bekerjasama dengan Ivanhoe Pictures, pengeluar filem hit komedi 'Crazy Rich Asians' untuk menghasilkan filem mengenai buku yang baru dilancarkan Billion Dolar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, satu pendedahan mengenai ahli perniagaan yang kini menjadi buruan - Jho Low.

Ini selepas Ivanhoe Pictures, SK Global Television dan Syarikat Filem, membeli hak ke atas buku itu, yang ditulis bersama oleh pemberita Wall Street Journal, Bradley Hope dan Tom Wright.

"Pengeluar-pelakon ikonik Michelle Yeoh, yang baru-baru ini bersama dengan Ivanhoe Pictures akan juga menghasilkan projek di bawah perjanjian baru beliau dengan syarikat itu," kata satu kenyataan bertarikh semalam.

Sementara itu, Wright Telah dipetik berkata beliau teruja dengan perkongsian itu "untuk membawa cerita yang luar biasa mengenai Jho Low, ke skrin".

Wright, yang berada di Malaysia pada hari Selasa untuk mempromosikan buku 400 halaman itu, enggan memberitahu butiran mengenai perkara itu.

Buku itu, yang sudah berada dalam senarai buku terlaris, akan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan dijangka dilancarkan pada bulan November.

Crazy Rich Asians, yang dibintangi Yeoh dan penggambaraan di Singapura, telah meraih berjuta di seluruh dunia sejak ditayangkan di pawagam bulan lalu dan disebut-sebut sebagai salah satu komedi romantis yang meraih hasil tertinggi sepanjang zaman.

Yeoh baru-baru ini memuji buku Billion Dollar Whale dan memuat naik gambar dia memegangnya di Facebook. Bagaimanapun, ia mengundang kritikan di Twitterjaya dengan warga siber menegaskan bahawa pelakon yang berasal dari Ipoh itu, telah secara terbuka menyatakan sokongan beliau kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2013.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS