Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis menyarankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, menurut sumber kerajaan.

Sambutan itu dijadual menampilkan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat dan akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

"Kami sedang tunggu mesyuarat kabinet selesai dan keputusan akhir mengenainya. Ia mungkin terpaksa ditangguhkannya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan bahawa kebenaran untuk sambutan acara Suhakam itu telah ditarik balik.

Acara itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang dijadualkan berlangsung kira-kira 10km dari Padang Timur.

Puluhan ribu dijangka menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur esok itu.

Suhakam dijangka akan membincangkan perkara itu dan memberi kenyataannya pada sidang akhbar di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur, lewat petang ini.

Lihat Komen
ADS