Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bapa bercerai wajib bayar nafkah anak hingga ke universiti
Diterbitkan:  Dec 25, 2018 11:40 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2017 akan menyelesaikan masalah dihadapi ibu yang bercerai terutama dari segi nafkah untuk anak-anak mereka.

Di bawah undang-undang baru itu, suami yang bercerai dengan isterinya diwajibkan membayar nafkah untuk anak-anak mereka sehingga ke peringkat universiti.

Ini selepas pindaan kepada akta berkenaan diwartakan minggu lepas, kata peguam Honey Tan kepada Malaysiakini.

Seksyen 95 akta tersebut menyebut bahawa:

(a) Dengan memasukkan selepas perkataan “hilang upaya dari segi jasmani atau otak” perkataan “atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi”; dan

(b) Dengan memasukkan selepas perkataan “tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu” perkataan “atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu”.

"Ini adalah masalah besar bagi kebanyakan ibu yang mendapat hak penjagaan anak mereka. Bapa enggan membayar nafkah selepas anak-anak mereka berumur 18 tahun.

"Adalah penting untuk menekankan bahawa kes-kes sedia ada meliputi Seksyen 95 yang baru," katanya yang menyifatkan pindaan tersebut sebagai hadiah Krismas kepada golongan ibu.

Tan berkata Seksyen 76 akta berkenaan dipinda berhubung pengagihan aset perkahwinan bagi mengiktiraf sumbangan ibu.

"Satu kriteria tambahan bagi mahkamah untuk pertimbangkan ketika membahagikan aset perkahwinan ialah tempoh perkahwinan," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS