Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua bahagian Bersatu Melaka undi tak percaya pada menteri - Sumber

Tekanan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof, kata sumber yang mendakwa pengerusi Bersatu Melaka itu telah mendapat undi tidak percaya.

Sumber memberitahu Malaysiakini tekanan memuncak terhadap Redzuan pada mesyuarat Jumaat lalu.

"Ia merupakan undi sebulat suara daripada ketua-ketua bahagian, saya diberitahu pemimpin tempatan tidak begitu senang dengan Redzuan. 

"Hal ini telah dibawa kepada pengetahuan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan (Pengerusi) Dr Mahathir Mohamad," kata sumber yang rapat dengan majlis tertinggi parti itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Redzuan dan Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya bagi mendapatkan ulasan.

Difahamkan pihak yang tidak berpuas hati di dalam Bersatu Melaka sedang mendesak exco kerajaan negeri Mohd Rafiq Naizamohideen menjadi pengerusi barunya menggantikan Redzuan.

Ketika dihubungi Rafiq enggan mengulas mengenai dakwaan ini.

Dipercayai rasa tidak puas hati itu berpunca daripada kemarahan terhadap keputusan Redzuan untuk memecat bekas datuk bandar Kuala Lumpur Ruslin Hasan sebagai penyelaras DUN Ayer Limau dua minggu lalu serta tindakan untuk menggugurkan Nazri Ramli sebagai timbalan penegrusi Bersatu Masjid Tanah.

Seorang lagi sumber MT Bersatu berkata Redzuan seorang bercita-cita tinggi dalam parti.

"Beliau seorang yang bercita-cita tinggi... Malah beliau cuba meraih sokongan majlis tertinggi bagi meletakkan beliau sebagai pengganti Muhyiddin dan mencapai kedudukan Mahathir," dakwa sumber itu lagi.

Lihat Komen
ADS