Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ganja mampu rangsang saraf otak – penyelidik UPM
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 12:53 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati penggunaan ganja boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan, antaranya mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati.

Ketua penyelidiknya Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas berkata ganja dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg, lapor Berita Harian.

Penyelidikan itu dijalankan terhadap empat kumpulan tikus makmal dua tahun lalu.

Mohamad Aris yakin kajian itu memberikan petunjuk penggunaan ganja bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk.

“Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu.

“Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak,” katanya.

Katanya ganja mengandungi banyak bahan aktif terutama tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif digunakan di kebanyakan negara dalam bentuk tablet untuk merawat penyakit.

Lihat Komen
ADS