Malaysiakini
BERITA

Otak Rafizi sama taraf politik tepi jalan, kata Rahim

Diterbitkan

Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik mencabar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berdebat dengannya berhubung penyertaan bekas anggota parlimen Umno ke Bersatu.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyifatkan tindakan Bersatu menerima mereka seperti 'mengutip sampah' serta bertentangan kehendak rakyat yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

"Otak seperti ini sama tarafnya dengan cara berpolitik di tepi jalan. Banyak kenyataan Rafizi memang rosakkan PKR dan PH (Pakatan Harapan). Itu sebabnya dia ditolak dalam pemilihan partinya yang lalu.

"Saya cabar dia untuk berdebat dengan saya tentang strategi PH. Setuju?" soalnya di Twitter.

Rahim berkata jika Rafizi menerima cabaran tersebut, beliau akan meminta ibu pejabat PKR menganjurkan debat berkenaan, selain dibuka kepada umum termasuk pihak media.

Beliau turut mempersoalkan tindakan parti-parti komponen PH menjaga 'tepi kain parti lain' walaupun berada dalam 'satu perahu'.

"Mereka lebih sibuk nak halang ahli-ahli baru masuk Bersatu daripada menjalankan tanggungjawab untuk negara dan rakyat. Kerja bodoh!" katanya.

Dalam satu tulisan lain, Rahim membandingkan kenyataan beberapa pemimpin PH dengan timbalan presiden PRK Azmin Ali yang mengakui tujuh bekas anggota Umno itu dapat membantu usaha menambah keahlian Bersatu.

"Ia pamerkan ketokohan politik Azmin jauh lebih mantap daripada beberapa tokoh PH yang masih dalam kepompong lama.

"Tentulah ahli-ahli baru ini akan bekerja sekuat-kuatnya bagi mengukuhkan Bersatu. Memperkuat dan memantapkan Bersatu bermakna memperkasa PH. Jadi apa masalahnya?" soalnya.

Selasa lalu, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menerima penyertaan tujuh bekas anggota parlimen Umno di Putrajaya.

Ketujuh-tujuh anggota parlimen itu ialah Hamzah Zainudin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Mohd Fasiah Mohd Fakeh Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah).

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.