Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Panduan pamer hanya 4 gambar pemimpin arahan istana'
Diterbitkan:  Apr 2, 2019 10:01 PM
Dikemaskini: 2:01 PM

Surat berhubung garis panduan mengenai pemaparan gambar pemimpin pada premis pejabat kerajaan negeri dan persekutuan didakwa dikeluarkan oleh pihak istana Kelantan, lapor Sin Chew Daily.

Surat itu sebelum ini menyatakan gambar yang diizin digantung hanya empat iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Tengku Mahkota Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Diminta mengulas perkara itu, setiausaha akhbar menteri besar Kelantan, Ahmad Ubaidillah Alias dipetik sebagai berkata arahan untuk mengeluarkan surat itu diberikan pihak istana.

"Surat itu memang wujud, tapi arahan datang dari istana. Kerajaan negeri tak boleh memberi kenyataan bagi pihak istana sewenangnya jika tidak akan dianggap mencampuri urusan istana," katanya seperti dilapor.

Surat bertarikh 1 April 2019 itu sebelum ini tersebar di media sosial memaparkan ia ditandatangani Timbalan Setiusaha Kerajaan Kelantan, Adnan Hussin.

Malaysiakini sudah menghubungi Nazran untuk mendapatkan ulasan berhubung surat itu semalam, namun sehingga kini belum mendapat balasan.

Lihat Komen
ADS