Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gesaan IPCMC bergema lagi selepas kesimpulan inkuiri Suhakam
Diterbitkan:  Apr 4, 2019 1:06 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Gesaan ke arah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) timbul lagi selepas polis Cawangan Khas (SB) didakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dan kumpulan bekas penjawat awam G25 berkata Malaysia harus mempunyai badan bebas yang memantau pihak berkuasa dari salah guna kuasa.

"Semua pasukan polis di negara-negara maju mempunyai sistem seperti itu yang memantau dan memberi pengesahan untuk mendapat keyakinan orang ramai bahawa hal berkaitan salah guna kuasa pasukan itu terjamin," kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan bagi mengulas kesimpulan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam berkaitan kehilangan Koh dan Amri.

Patriot dan G25 juga berkata kehilangan paksa tidak harus terjadi lagi dalam masyarakat demokratik hari ini.

Kata mereka setiap orang mempunyai hak yang saksama di sisi undang-undang dan mereka sebagai rakyat Malaysia wajib dilindungi.

Lihat Komen
ADS