Nampaknya Sajat enggan mengendahkan tempoh 48 jam yang diberikan kepadanya untuk memohon maaf secara terbuka bagi mengelakkan dia disaman.

Sebaliknya usahawan barangan kecantikan dan penyanyi itu berpendapat tiada sebab untuknya memenuhi tuntutan wanita terbabit yang mendakwa dia dianiaya.

Bagi Sajat, dia menganggap dirinya tidak bersalah seperti didakwa Yusmiliati Mohamed Yusof yang membuat sidang media siang tadi berhubung isu menukar status jantina pada kad personaliti terbabit.

“Saya tak akan minta maaf. Kenapa saya kena minta maaf pula?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, Yusmiliati mendakwa dia menjadi mangsa keadaan selepas menawarkan diri membantu Sajat - atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman - menukar status jantina pada kad pengenalan usahawan kosmetik berkenaan.

Bagaimanapun, kata Yusmiliati, permohonan tersebut ditolak Jabatan Pendaftaran Negara kerana ia tidak disertakan surat pengesahan khunsa daripada doktor.

Disebabkan hal itu, Yusmiliati mendakwa dirinya dihina selain dilaporkan kepada polis pada 28 Ogos tahun lalu.

Susulan kejadian, dia direman empat hari, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang. Kes itu sedang dibicarakan. 

Pada sidang media itu juga, Yusmiliati menggesa Sajat membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam sekiranya tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

Mengulas tuntutan tersebut, Sajat berkata, dia atau peguamnya tidak menerima sebarang notis mengenai perkara itu.

“Saya rasa wanita itu nak kenakan saya. Dia sebut nama saya pada sidang media tanpa pengetahuan saya. Saya rasa dia nak aibkan saya," katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini