Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anak tiri Najib Razak, Riza Aziz akan diheret ke mahkamah esok untuk berdepan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini, bahawa Riza ditahan hari ini dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

“Dia perlu hadir di mahkamah esok untuk berdepan tuduhan mengikut Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001),” katanya ketika dihubungi.

Dakwaan itu dipercayai berkaitan dengan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures yang menerima dana 1MDB.

Terdahulu, sumber lain memberitahu bahawa orang kepercayaan Najib, Habibul Rahman Kadir Shah, mungkin didakwa besok berhubung dana RM2.5 juta yang diterimanya daripada bekas perdana menteri untuk risikan politik.

Latheefa, bagaimanapun, menafikan perkara itu tetapi enggan mengulas apabila ditanya sama ada Habibul akan berdepan sebarang pertuduhan tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS