Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Riza Aziz dituduh 'cuci duit' 1MDB sebanyak AS$248 juta

Riza Aziz, anak tiri Najib Razak, berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Dia tuduh menerima wang secara haram yang berpunca daripada dana 1MDB.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan padanya di hadapan Hakim Rozina Ayob, Riza didakwa menerima wang keseluruhan sebanyak AS$248 juta, yang disalurkan lima kali antara 2011 dan 2012.

Riza, pengasas bersama syarikat penerbit filem Hollywood Red Granite, didakwa kesalahan itu dengan menerima wang itu melalui akaun syarikatnya.

Dia dituduh bawa Seksyen Section 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Red Granite ialah syarikat yang menghasilkan filem blockbuster The Wolf of Wall Street yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Sementara itu, Bernama melaporkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri Najib Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah ASD248 juta (RM1.25 bilion), hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Riza, 42, pemilik syarikat Red Granite Pictures, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozina Ayob selepas semua pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah ASD1,173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, USA bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan adalah hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 April 2011 dan 12 Mei di City National Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, USA.

Riza juga dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan USD9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 Sept 2012 dan Okt 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah ASD133 juta dan ASD 60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapore bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, 7 Temaesk Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Okt 2012.

Mengikut pertuduhan kelima tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah ASD45 juta di tempat sama pada 14 Nov 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Riza diwakili barisan peguam diketuai oleh KK Kumaraendran.

Lihat Komen
ADS