Malaysiakini
BERITA

Bakar manifesto PH tak selesai masalah, kata Dr M

Kow Gah Chie & Fion Yap

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Ogs 2019, 12:18 tengahari

Cadangan demonstrasi anti-Lynas dengan membakar manifesto Pakatan Harapan (PH) sebagai tanda protes terhadap keputusan kerajaan melanjutkan lesen kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas di Gebeng, Pahang selama enam bulan lagi, tidak akan menyelesaikan masalah.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tindakan membakar manifesto itu mungkin akan membangkitkan kemarahan pihak tertentu.

"Mereka boleh membakar manifesto, tetapi isunya di sini mereka harus berurusan dengan cara munasabah.

"Saya pasti (meskipun) kita bakar semua manifesto, kita tidak dapat menyelesaikan apa-apa, kita hanya buat orang marah," katanya pada sidang media selepas melawat ibu pejabat Air Asia, Sepang, hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, Mahathir berjanji bahawa kerajaan akan meneliti suara rakyat untuk memindahkan Lynas keluar dari Gebeng, Kuantan.

Himpunan anti-Lynas pada Ahad ini dijangka berakhir dengan membakar manifesto PH bagi melambangkan dakwaan kerajaan gagal menunaikan janjinya ke arah pembangunan yang mampan.

Menurut penganjur bantahan, Tan Boon Teet, jika Lynas dibenarkan beroperasi di negara ini maka PH telah melanggar janji nombor 39 dalam manifesto yang mana pakatan itu berikrar mentadbir negara berlandaskan prinsip kemampanan.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.