Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pejabat jual pakaian dalam Jho Low di London kena lelong
Diterbitkan:  Oct 24, 2019 1:12 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Pejabat di London yang digunakan oleh ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bagi syarikat pakaian dalam miliknya akan dilelong.

Tindakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) itu dipercayai bagi mendapatkan semula wang yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Menurut pemfailan mahkamah bertarikh 23 Okt, yang dilihat oleh Malaysiakini, DOJ telah mencadangkan arahan perintah penangguhan ke atas beberapa hartanah yang terletak di Stratton Street di daerah mewah Mayfair ditarik balik, untuk membolehkan penjualan.

Menurut laporan Bloomberg hari ini, hartanah itu termasuk bangunan pejabat, yang dilaporkan dibeli pada tahun 2014 pada harga £42 juta (RM227 juta pada kadar semasa).

Pejabat itu digunakan sebagai ibu pejabat Myla, sebuah syarikat pakaian dalam yang menurut DOJ dibeli oleh Low dengan dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.

Menurut laporan sebelum ini, Low meletak jawatan sebagai pengarah Myla pada bulan November 2014. Syarikat itu dilaporkan kerugian £7.59 juta (RM41.03) pada tahun 2015.

Ia adalah antara beberapa rangkaian aset yang disenaraikan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman pelucutan sivil bernilai AS$1 bilion (RM4.18 bilion) pada tahun 2016.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS