Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ali Hamsa: Najib panggil mesyuarat untuk ubah laporan audit 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan mesyuarat diadakan bagi membincangkan pengguguran sebahagian daripada laporan audit berkaitan 1MDB.

Dalam keterangannya, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa mengesahkan mesyuarat itu dipanggil oleh Najib.

Ali, yang menjawat jawatan itu dari 2012 hingga Ogos 2018, dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan.

Beliau mengesahkan Najib memberi arahan untuk mengadakan mesyuarat bagi menggugurkan sebahagian daripada laporan audit 1MDB.

Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan menerima suapan dalam bentuk perlindungan daripada tindakan etika, sivil atau jenayah terhadapnya berkaitan 1MDB, dengan mengarahkan pengubahan laporan audit akhir sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 dan 26 Februari 2016 di Jabatan perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau dituduh bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Bawah seksyen 24 akta sama, Najib boleh dikenakan tindakan 20 tahun penjara atau denda RM10,000 jika disabitkan bersalah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS