Malaysiakini
BERITA

Yeoh selar MP BN, PAS cuba gagalkan bajet kebajikan

Yap Hong Leng

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Nov 2019, 9:12 pagi

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menyelar semua 28 anggota Parlimen BN dan PAS kerana cuba mengagalkan belanjawan untuk kementeriannya.

Katanya, dana untuk kementeriannya bertujuan, antara lain, untuk kumpulan yang kurang upaya, warga emas, wanita dan kanak-kanak.

“Bajet ini termasuk untuk tk bantuan kebajikan yang kita turunkan untuk golongan OKU, warga emas dan kanak-kanak. Sangat penting bagi golongan masyarakat yang perlu bantuan, ini tak boleh tergendala.

“Tapi saya terkejut bahawa ada ahli parlimen yang mainkan isu politik pada hari itu mengundi tidak setuju dengan bajet kebajikan,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Pada malam Selasa lalu, bajet Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hampir ditolak susulan tindakan wakil rakyat pembangkang, selepas menyedari jumlah ahli parlimen kerajaan yang kecil, memutuskan untuk membuat kejutan dengan meminta undi bahagian.

Walau bagaimanapun undian bahagian itu berjaya diluluskan dengan kelebihan hanya empat undi, iaitu 32 anggota parlimen menyokongnya manakala 28 lagi menolaknya semasa undian kali pertama dijalankan.

Yeoh hari ini juga menyenaraikan ahli parlimen yang menolak bajet itu.

Mereka adalah seperti berikut:

1) Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang - PAS)
2) Wan Hassan Mohd Rami (Dungun - PAS)
3) Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik - PAS)
4) Wee Ka Siong (Ayer Hitam - MCA)
5) M Saravanan (Tapah - MIC)
6) Mahdzir Khalid (Padang Terap - Umno)
7) Annuar Musa (Ketereh - Umno)
8) Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas - Umno)
9) Ahmad Jazlan Yaakub (Machang - Umno)
10) Ahmad Hamzah (Jasin - Umno)
11) Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi - Umno)
12) Nizar Zakaria (Parit - Umno)
13) Mohd Salim Sharif (Jempol - Umno)
14) Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar - Umno)
15) Ismail Sabri Yaakob (Bera - Umno)
16) Noh Omar (Tanjong Karang - Umno)
17) Noraini Ahmad (Parit Sulong - Umno)
18) Shamsul Anuar Nasarah (Lengong - Umno)
19) Ismail Mohamed Said (Kuala Krau - Umno)
20) Ahmad Maslan (Pontian - Umno)
21) Abdul Rahman Mohamad (Lipis - Umno)
22) Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling - Umno)
23) Hasbullah Osman (Gerik - Umno)
24) Ahmad Nazlan Idris (Jerantut - Umno)
25) Jalaluddin Alias (Jelebu - Umno)
26) Adham Baba (Tenggara - Umno)
27) Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar - Umno)
28) Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands - Umno)

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.