Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

S Vell Paari mengesahkan beliau memfailkan saman pemula terhadap S Samy Vellu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada bapanya itu mempunyai masalah mental dan tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.

“Kami tiada pilihan.

“Ia keputusan yang sukar buat anggota keluarga,” kata Vell Paari kepada Malaysiakini.

Vell Paari mengesahkan beliau mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan itu pada 2 Disember lalu.

Katanya, tindakan itu juga diambil disebabkan dua perkara iaitu saman Meeriam Rosaline Edward Paul terhadap bapanya dan dan diagnos pada 2017 yang mendapati Samy Vellu mempunyai demensia akibat masalah Alzheimer.

Vell Paari berkata bapanya, yang juga berumur 82 tahun, tidak lagi mampu mengenali ramai kawan-kawan lama.

S Vell Paari 

Walapun mampu membuat penampilan awam sekali-sekala, bapanya itu tidak dapat lagi berucap kepada khalayak.

Vell Paari berkata, bapanya juga lemah dalam mengingat apa yang berlaku.

“Takrif ‘masalah mental’ bawah Akta Kesihatan Mental 2001 selari dengan keadaan beliau,” katanya.

Vell Paari menamakan bapanya itu sebagai denfendan tunggal.

Vell Paari juga mahu bapanya diperiksa oleh perunding neuropsychiatri dan mahukan laporan perubatan berkaitan.

Katanya, ibunya dan kakannya juga tahu tindakannya itu dan menyokongnya.

“Saya dan baya saya tiada masalah dan perbezaan dalam hubungan kami. Malah, menjelang 2017 lalu, bapa saya memberikan kebenaran pada saya untuk menguruskan kewangan dan hal ehwal peribadinya demi kebaikan beliau dan keluarga,” katanya.

Difahamkan saman Meeriam di Mahkamah Tinggi Ipoh bernilai RM20 juta.

Samy Vellu berkhidmat sebagai anggota parlimen Sungai Siput selama lapan penggal berturut-turut dari 1974 ke 2008.

Dari tahun 1979 ke 2008 beliau berkhidmat sebagai menteri kerja raya dan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS