Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menyamar sultan Melaka: Mahkamah bebaskan Noor Jan Tuah
Diterbitkan:  Jan 3, 2020 11:27 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada tuduhan menipu dan menyamar sebagai sultan Melaka, menurut laporan berita pantas Bernama.

Mahkamah Tinggi Melaka pada 10 April lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu, yang melepas dan membebaskan Noor Jan, 62.

Keputusan itu dicapai berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh berhubung empat tuduhan menipu dan menyamar sebagai sultan Melaka, lima tahun lalu.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Lihat Komen
ADS