Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang pegawai kanan persatuan berbasikal terkemuka merupakan VIP terbaru ditahan oleh SPRM berhubung amalan rasuah di negara ini.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan tersebut, pegawai itu ditahan pasukan SPRM di rumahnya di Melaka pada petang Rabu.

Dia sedang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkaitan dengan persatuan tersebut.

"Suspek didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada syarikat yang dimiliki oleh anggota keluarganya.

"Terdapat juga kontrak yang didakwa diberikan kepada syarikatnya sendiri," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan bilangan kontrak dan jumlah peruntukan yang terlibat, memandangkan siasatan sedang berjalan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata individu itu sedang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM atas dakwaan salah guna kuasa.

Menurut Azam, pegawai lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi Khamis dan SPRM telah memperoleh perintah reman terhadapnya sehingga 2 Feb.

Azam enggan memberikan butiran lanjut kes itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS