Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas bertukar k'jaan, MCA gesa India beli semula minyak sawit
Diterbitkan:  Mar 1, 2020 4:20 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India.

"Keadaan telah berubah di negara kami. India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia.

"Tolong biarkan perdagangan bebas dan adil semula untuk faedah bersama kedua-dua negara," kata Wee.

India menggesa pengimport negara itu memboikot minyak kelapa sawit Malaysia berikutan berlakunya ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara berikutan komen mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai Kashmir.

Wee juga sangat kritikal terhadap bekas Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok berhubung pengendalian industri minyak sawit di negara ini.

MCA mempunyai dua kerusi di Dewan Rakyat dan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baru Muhyiddin.

Lihat Komen
ADS