SURAT

Menyangkal laporan ‘Tuan Ibrahim pertahan pembalakan di Kelantan’

Kementerian Alam Sekitar

Diterbitkan

Kementerian Alam Sekitar ingin menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan adalah tidak tepat.

Pihak kementerian ingin menegaskan aktiviti pembalakan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kementerian Alam Sekitar sebagai agensi yang menerajui isu-isu alam sekitar dan biodiversiti akan terus melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan khazanah semulajadi negara selaras dengan dasar-dasar serta undang-undang sedia ada.

Dalam usaha melindungi kelestarian hutan dan biodiversiti, pemantauan dan penguatkuasaan akan ditingkatkan dalam memastikan pematuhan kepada peraturan sedia ada. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara berkaitan alam sekitar dan perhutanan.

Menteri Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan bersama kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkepentingan yang lain bagi menyusun strategi bagi mendepani isu-isu alam sekitar dan biodiversiti. Usaha ini adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan biodiversiti dengan lebih berkesan dalam memacu pembangunan mampan di negara ini.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.