Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nanyang mohon maaf kaitkan anak pemimpin PH dalam laporan
Diterbitkan:  Mar 15, 2020 3:23 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Nanyang Siang Pau memohon maaf berhubung laporan yang mendakwa seorang anak pemimpin Pakatan Harapan (PH) ditangkap di Singapura dengan wang tunai RM2 juta.

"Selepas disemak, laporan itu berdasarkan maklumat yang salah," kata Nanyang dalam penjelasannya hari ini.

"Artikel itu tidak menyebutkan parti politik yang terlibat atau orang yang dimaksudkan.

"Perkara itu banyak diperdebatkan dalam talian dan menyebabkan mendapat kecaman," kata akhbar harian berbahasa Cina itu.

Mengambil kira kesannya, Nanyang berkata ia meminta maaf kepada individu itu dan pembaca secara amnya.

Semalam, Nanyang melaporkan bahawa anak kepada seorang pemimpin kanan PH ditangkap di Singapura kerana memiliki wang yang tidak dilaporkan dan akan dikenakan denda.

Laporan itu hadir ketika timbul khabar angin mendakwa individu yang dimaksudkan adalah anak kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador sebelum ini tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kesediaan menyaman ahli exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo kerana menyebarkan khabar angin itu.

Lihat Komen
ADS