story image
mk-logo
Berita
125 kes baru, 12 di ICU - Dr Adham Baba
Diterbitkan:  Mar 16, 2020 9:40 AM
Dikemaskini: 9:56 AM

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia mencatat 125 kes baru Covid-19 hari ini, lapor agensi berita nasional.

Bernama memetik Adham berkata jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak 553 kes.

Sementara itu, 12 pesakit berada di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau juga dilaporkan berkata 95 daripada 125 kes baru berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan di ICU juga meningkat sekali ganda daripada enam orang semalam ke 12 orang pada hari ini.

Semalam, jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat hampir sekali ganda dalam masa 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 428 kes dengan peningkatan 190 kes baru.

[Laporan penuh menyusul]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS