SURAT

Abim gesa peniaga guna bahan boleh urai bungkus makanan

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Diterbitkan

Angkatan Belia Islam Malaysia merujuk kepada arahan baru yang dikeluarkan untuk mana-mana kedai makan tidak menyediakan hidangan makanan sebaliknya diwajibkan untuk membungkus makananan yang dibeli oleh pembeli.

Arahan tersebut adalah amat wajar sebagai memenuhi objektif Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan untuk membendung penularan wabak Covid19.

Namun, arahan ini akan mendedahkan penggunaan bahan-bahan tidak luput dan boleh urai seperti beg plastik yang berlebihan yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim dunia.

Justeru, sebagai NGO yang memandang serius isu perubahan iklim dan alam sekitar, Abim menggesa supaya para peniaga untuk menyediakan bahan-bahan boleh urai sebagai bahan untuk membungkus makanan.

Abim juga menyeru seluruh rakyat untuk mengitar semula penggunaan bag plastik atau membawa bekas makanan sendiri dari rumah untuk membeli makanan.

Dalam pada itu, sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan saranan ini, peniaga kedai makn juga boleh memberi potongan harga khas bagi pembeli yang membawa bekas makanan sendiri dari rumah.

Isu perubahan iklim dan alam sekitar adalah isu besar yang tidak boleh kita kesampingkan walaupun kita hari ini masing-masing gusar dengan perkembangan wabak Covid19.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.