Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Pesakit disyaki dijangkiti Covid-19 bunuh diri
Diterbitkan:  Mar 28, 2020 12:35 AM
Dikemaskini: Mar 28, 2020 4:36 AM
  • Nota editor: Selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan bagi laporan berkenaan bunuh diri, Malaysiakini tidak memasukkan cara pesakit bunuh diri dalam laporan ini.

Seorang pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dilaporkan membunuh diri selepas dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Serdang, menurut satu laporan.

Menurut China Press, insiden itu berlaku kira-kira jam 7 malam di bilik wad 7D.

Laporan itu berkata mangsa, merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun dimasukkan ke wad pada jam 2.30 pagi semalam selepas menunjukkan simptom Covid-19, sementara menunggu keputusan ujian diketahui.

Jururawat kemudian menyedari pesakit berkenaan menghabiskan banyak masa di sebuah bilik air dan masuk untuk menyiasat, sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Laporan itu memetik Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran sebagai berkata polis tidak menemui sebarang nota bunuh diri di tempat kejadian.

Tempat kejadian ditutup sementara untuk siasatan forensik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mereka yang ingin meminta bantuan boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di talian 03-79568145, atau menghantar email di alamat [email protected].

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga menyediakan talian hotline bagi memberi sokongan psikososial terhadap petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian hotline dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang di talian 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.

Lihat Komen
ADS