Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ingkari PKPB: Sabah tidak dirujuk, S'gor kata keputusannya sah
Diterbitkan:  May 5, 2020 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Sabah dan Selangor masing-masing mempertahankan keputusan mereka untuk tidak mematuhi sepenuhnya keputusan kerajaan pusat untuk membuka semula ekonomi negara berkuatkuasa semalam.

Dalam kes Sabah, Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan kerajaan persekutuan itu dibuat tanpa berhubung kerajaan negeri terlebih dulu yang memerlukan persediaan dilakukan.

""Disebabkan kerajaan persekutuan memutuskan perkara itu tanpa berhubung dengan kerajaan negeri terlebih dahulu maka, kerajaan negeri memerlukan persediaan bagi melaksanakan PKPB tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Shafie berkata, kerajaan negeri Sabah kekal dengan pendirian meneruskan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Saya harap keputusan ini membantu pihak industri dan pemilik perniagaan di negeri Sabah supaya dapat membuat persiapan lebih rapi sehingga 12 Mei nanti," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali mendakwa bahawa semua ketua menteri dan menteri besar telah dimaklumkan mengenai tindakan kerajaan persekutuan untuk membuka semula kebanyakan aktiviti perniagaan bermula 4 Mei.

Lima negeri lain - Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kelantan dan Sarawak - tidak mematuhinya, semalam.

Pulau Pinang pula akan meneruskan aktiviti perniagaan pada 8 Mei sementara negeri-negeri lain mengatakan bahawa mereka memerlukan beberapa hari lagi sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, Selangor mempertahankan keputusannya untuk memasukkan langkah-langkah tambahan yang tidak disenaraikan oleh kerajaan pusat.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, apa yang dilakukan mereka adalah di bawah bidang kuasa negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS