Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UK kini negara Eropah paling teruk terjejas atasi Itali
Diterbitkan:  May 6, 2020 12:35 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

GLOBAL l Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling teruk terjejas di Eropah, akibat wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab berkata pada taklimat media di Downing Street, Selasa seramai 693 pesakit maut menjadikan jumlah keseluruhan 29,427.

Terdahulu, data dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menunjukkan jumlah korban melebihi 32,000 orang menjadikan Britain negara paling teruk diancam diikuti Itali.

Angka korban di Itali berjumlah 29,315.

Raab berkata keadaan itu satu "tragedi besar" tetapi sukar untuk membandingkan antara negara sebelum wabak berakhir.

"Saya tidak fikir kita akan peroleh keputusan tepat sehingga wabak itu berakhir, terutamanya sehingga kita dapat data antarabangsa yang komprehensif mengenai semua punca kematian," katanya.

Beliau berkata fasa seterusnya pasti "tidak mudah" ketika rakyat Britain mula untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan "normal baharu".

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata aplikasi mengesan wabak telah mula menjalani ujian pada Selasa di Isle of Wight. Kerajaan berharap dapat melancarkan aplikasi itu di seluruh negeri pada "pertengahan bulan ini".

Pada Khamis pula, Perdana Menteri Boris Johnson berkata negara itu telah "melepasi waktu puncak" wabak dan pelan "komprehensif" akan diumumkan akhir minggu ini mengenai "bagaimana untuk terus memerangi penyakit itu" sambil membuka semula ekonomi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS