Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan sabotaj paling besar kepada usha pemulihan ekonomi negeri dan negara akibat kesan penularan wabak COVID-19 adalah ‘ganggu gugat politik’.

Amirudin turut mengakui wujud ‘usaha’ sedemikian dalam pentadbirannya, namun beliau yakin kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) masih kuat kerana mempunyai jumlah majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita (Selangor) ada tanggungjawab besar sebagai penyumbang kira-kira 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Bayangkan jika negeri ini diganggu gugat politiknya dan hilang fokus, bagaimana kita mahu pulihkan kembali ekonomi?” katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi yang mana PH memiliki 48 kerusi, Barisan Nasional (5), PAS (1) dan Bebas (2).

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas suhu politik di Selangor selepas negara menyaksikan Kerajaan PH di Kedah tumbang pada 12 Mei lepas susulan tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari PKR, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

-Bernama

Lihat Komen
ADS