mk-logo
Seni & Hiburan
Rosyam nafi pasar raya ST Rosyam Mart ada kes Covid-19
Diterbitkan:  May 22, 2020 6:43 AM
Dikemaskini: 10:32 AM

Penerbit filem dan drama yang juga merupakan pemilik bersama Pasaraya ST Rosyam Mart, Rosyam Nor berkata dia tidak faham tindakan pihak yang suka memfitnah meskipun dalam bulan Ramadan yang mulia.

Rosyam berkata demikian selepas terdapat pihak yang menurutnya seolah-olah sering memasang niat-niat tertentu dengan sengaja menularkan kisah tidak baik mengenai pasar raya miliknya.

Rosyam yang juga pelakon menjelaskan, terdapat individu dari kumpulan sembang WhatsApp rancak memfitnah dengan mengatakan terdapat individu yang dijangkiti Covid-19 ketika mengunjungi ST Rosyam Mart.

“Tak lama lagi kita dah nak tinggalkan Ramadan. Tapi yang kecoh ni bila ada orang...tak tahu apa benda dia jaki (dengki) sangat sedangkan saya tak kacau orang pun, (lagi) jual barang murah.

“Dia bagitahu, tular orang bercakap St Rosyam Nor ada kes Covid-19, kawan-kawan adiknya dijangkiti wabak itu dari tempat tersebut.

“Individu terbabit juga mengesahkan bahawa adik kawannya positif Covid-19, disyaki berpunca dari St Rosyam Mart.

“Inikan bulan Ramadan, kenapa nak fitnah, nak aibkan orang. Apa kau dapat buat benda ni? Ni dah 29 Ramadan,” katanya melalui sebuah klip video dimuat naik di media sosial.

Bersama mengiringi hantaran tersebut Rosyam memuat naik mesej daripada kumpulan terbabit yang antara lain meminta penduduk di sekitar Setiawangsa untuk berhati-hati.

Justeru, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin momohon orang ramai dan pelanggannya agar tidak mudah terpedaya dengan berita tidak sahih.

“Kepada semua pelanggan, benda ni tak betul, fitnah dan palsu. Diharap jangan percaya.

“Jika ada kes Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia dah datang dengan segera untuk membuat penutupan sebabnya itu adalah Prosedur Standard Operasi (SOP) di negara ini.

“Kepada orang yang baca ni, SOP negara kita terbaik, kalau kena Covid-19 je pasti tempat tu terus ditutup,” katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini