Malaysiakini
BERITA

MP PAS bidas pelantikan Eric Paulsen

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jun 2020, 5:38 pagi

Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengajak umat Islam di Malaysia menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Menurutnya, apa jua motif dan tujuan yang ingin dicapai dengan pelantikan individu itu sama sekali tidak boleh diterima.

"Saya berpandangan umat Islam seluruhnya perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli MPKM.

"Apa jua tujuan dan motif yang ingin dicapai, pelantikan individu yang terkenal dengan promosi dan sokongan kuat terhadap pelbagai aliran sesat serta fahaman yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks songsang ini sama sekali tidak boleh diterima.

"Kerajaan pada hari ini perlu bergerak atas norma baharu, dan norma baharu yang ingin dilaksana ialah norma yang tidak menerima budaya songsang yang bertentangan dengan Islam untuk diletakkan di atas pentas," katanya.

Terdahulu, Eric yang juga Wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara 15 ahli MPKM yang dipengerusi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Sementara itu Ahmad Fadhli yang juga timbalan ketua Pemuda PAS berkata, pihaknya memohon Saifuddin untuk menarik balik pelantikan berkenaan.

"Janganlah dirosakkan imej kerajaan yang sedang dipandang tinggi oleh rakyat ini dengan tindakan 'nila setitik merosakkan susu sebelanga'.

"Saya mohon menteri berkenaan boleh menimbangkan tindakan untuk menarik balik pelantikan yang sangat tidak sesuai ini atau berdepan dengan kemungkinan bantahan yang kuat dari umat Islam yang prihatin," katanya.

Eric Paulsen.

Bagaimanapun, Paulsen ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

No comment. Lebih baik begitu (untuk tidak memberikan komen),” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.