Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Mula culas pakai pelitup muka, itu tanda-tanda bahaya’
Diterbitkan:  Jul 21, 2020 1:02 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan kebimbangannya terhadap sikap “culas”sesetengah penduduk, terutamanya selepas pertambahan kes baru turun ke satu angka baru-baru ini.

Anggota parlimen Bagan Serai, Perak memberi amaran Malaysia boleh menyaksikan peningkatan semula kes seperti di sesetengah negara luar, jika saranan kerajaan tidak dipedulikan.

“Oleh sebab itu, kementerian kesihatan sentiasa mengingatkan kita.

“Kalau (seperti) soalan tadi, rakyat mula culas pakai mask (pelitup muka) dan juga (abaikan) penjarakan sosial, itu tanda-tanda bahaya.

“Penularan boleh berlaku,” katanya ketika Malaysiakini ketika lawatan ke pejabat portal ini di Petaling Jaya semalam.

Gambar hiasan

Katanya walaupun terdapat kelonggaran dalam beberapa kes seperti ketika bersenam, pamakaian pelitup muka di kawasan yang ramai orang amat penting.

“Kalau kita pergi ke tempat yang ramai orang pasar raya, pasar malam, masjid, kena pakai mask.

“Kita jaga kitalah. Kita sama-sama jaga kita. Kalau kita jaga ini kita selamat negara kita selamat.

Ditanya tentang penilaian umumnya terhadap pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di kalangan orang awam, Noor Azmi menyifatkan keadaan sekarang sebagai sederhana.

“Pada penglihatan saya tahapnya sederhana. Dan ada juga sesetengah tempat saya pergi saya perhati orang tak menjaga penjarakan sosial. Jadi saya risau.

“Tegur tak salah. Tegur tanda sayang,” katanya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam (atas) berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Dalam perutusan khas berkaitan Covid-19 semalam, Muhyiddin berkata perinciannya akan diumumkan selepas kerajaan memuktamadkan peraturan berkaitan.

Lihat Komen
ADS