Malaysiakini
BERITA

Menteri: 'Hati-hati ulas kes Guan Eng, boleh jadi hina mahkamah'

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Ogs 2020, 9:32 pagi

Mana-mana pihak yang membuat ulasan berlebihan mengenai sesuatu perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah boleh dikenakan tindakan undang-undang, maklum Menteri di JPM (Undang-undang dan parlimen) Takiyuddin Hassan.

Beliau dipetik Bernama berkata ini termasuklah kes membabitkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

"Ia boleh menjadi penghinaan kepada mahkamah. Malah jika sesuatu kes yang masih berjalan di mahkamah dan disebut di parlimen, ia akan jadi subjudis.

"Jadi ia merupakan satu ingatan kepada masyarakat umum untuk lebih berhati-hati ketika memberikan sebarang komen," katanya.

Semalam Lim mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion itu.

Lim dituduh meminta suapan berjumlah 10 peratus daripada jumlah keuntungan yang bakal diperoleh daripada pengarah kanan eksekutif Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Bagaimanapun, Lim menegaskan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah tidak berasas dan bermotifkan politik, dan semata-mata bagi mencemarkan reputasinya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tak pernah menerima sebarang suapan.

“Dan ini pun tak ditanyakan oleh SPRM (kepada saya).

"Dia (SPRM) tak pernah bertanyakan mana suapan saya, sama ada dalam bentuk wang tunai atau pun dalam akaun bank saya. Tak ada puluhan juta, tak ada bilion ringgit.

“Jadi di mana rasuah?” katanya semalam.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.