Malaysiakini
BERITA

Terengganu cadang tambah kerusi DUN

Bernama

Diterbitkan

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Yahaya Ali berkata kerajaan negeri bercadang untuk menambah bilangan kerusi DUN.

Yahaya berkata, cadangan tersebut bersesuaian dengan pertambahan penduduk di Terengganu selain memastikan wakil rakyat di satu-satu kawasan DUN dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan.

“Kalau dahulu kawasan Parlimen ada lebih kurang 50,000 (penduduk), tetapi kini di satu DUN sudah cecah 50,000 penduduk,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu hari ini.

Kini, Terengganu mempunyai sebanyak 32 DUN dan kerajaan negeri akan membuat kajian mengenai jumlah kerusi yang perlu ditambah, sebelum cadangan itu dibawa ke mesyuarat Exco negeri dan seterusnya dibentangkan di Parlimen, katanya.

“Kita sedang berusaha dan akan mengambil pendekatan sebagaimana DUN Sabah yang asalnya ada 60 kerusi dan ditambah 13 kerusi menjadi 73 kerusi,” katanya menambah cadangan pertambahan kerusi itu akan turut dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR juga mempunyai standard tersendiri...Kita juga perlu masukkan pandangan awam sebelum memulakan sebarang langkah,” katanya.

-Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.