Malaysiakini
BERITA

SPRM tahan ketua balai, anggota polis disyaki terima rasuah RM6,000

Diterbitkan

Dua anggota polis termasuk seorang ketua balai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000 berhubung kes Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka, semalam.

Menurut sumber SPRM, rasuah itu dipercayai bagi mengelakkan tindakan saman ke atas seorang pemilik perniagaan kerana melanggar PKP.

Mereka yang berusia 57 dan 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah balai polis dan wang RM6,000 itu turut ditemui, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu lagi kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.