Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan besok panggil Anwar - Bukit Aman belum muktamad tarikh

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baru untuk memanggil ketua pembangkang.

Polis Diraja Malaysia masih belum memuktamadkan tarikh untuk mengambil keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baru untuk memanggil Anwar.

“Bukan esok (Anwar) dipanggil,” katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini, tular di aplikasi WhatsApp bahawa Anwar dipanggil ke Bukit Aman pada 3 petang esok untuk memberi keterangan.


BACA BERKAITAN: SD sokongan: Polis panggil Anwar ke Bukit Aman esok - Laporan


Sebelum ini, Bernama melaporkan janji temu Anwar dengan Bukit Aman yang dijadualkan pada 13 Okt lepas ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Semalam, Ahli Parlimen Port Dickson itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menyampaikan pernyataan yang beliau mempunyai majoriti di Parlimen untuk dilantik selaku Perdana Menteri Ke-9.

Pada 23 Sept lepas, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

- Bernama

Lihat Komen
ADS