Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PBS tak bertanding PRK Batu Sapi
Diterbitkan:  Oct 20, 2020 6:14 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan bertanding di PRK Batu Sapi dijadual diadakan pada Disember ini.

Ia kali pertama parti itu tidak bertanding di sana sejak kerusi Parlimen itu diwujudkan pada 2004.

Presiden Bersatu Maximus Ongkili berkata biro politik PBS membuat keputusan itu berikutan keadaan penularan Covid-19 yang kian memburuk di Sabah.

Katanya, keselamatan penduduk di Batu Sapi dan kawasan sekitar seharusnya menjadi keutamaan pada masa ini.

Bagaimanapun, Ongkili tidak menolak kemungkinan Gabungan Rakyat Sabah - terdiri daripada BN, PN dan PBS - akan tetap bertanding di kerusi itu.

Walaupun masih belum diketahui jika parti lain dalam GRS akan bertanding, Ongkili berkata dia telah memberitahu Presiden PN merangkap ketua GRS Muhyiddin Yassin bahawa PBS akan membantu mana-mana calon gabungan itu.

Batu Sapi diwakili PBS ketika ia masih berada dalam BN pada 2004 hingga 2018.

Kerusi itu dimenangi Liew Viu Keong dari Warisan pada PRU14. Liew meninggal dunia pada 2 Oktober lalu.

Hari mengundi dijadual pada 5 Disember tetapi setakat ini belum ada parti yang menyatakan mereka akan meletakkan calon.

Beberapa pihak mencadangkan agar kerusi itu dikekalkan kepada Warisan.

Lihat Komen
ADS