Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Duti eksais vape, shisha dan rokok paip 10% mulai 1 Jan
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 6:47 PM
Dikemaskini: 11:44 AM

  • Dikemas kini supaya lebih jelas.

BELANJAWAN 2021 | Semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.

Cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40sen per mililiter.

Duti itu termasuk vape, produk elektronik pemanas tembakau, shisha dan rokok paip.

"Mulai 1 Januari 2021, mengenakan cukai (harga penuh pasaran) ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai Langkawi, Labuan, Tioman dan Pangkor,” kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, dia turut mengumumkan langkah-langkah lain berhubung rokok adalah:

Pertama: Membekukan pengeluaran lesen import rokok baru;

Kedua: Memperketat pembaruan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import;

Ketiga: Mengehadkan aktiviti transhipment rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja;

Keempat: Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transhipment dan eksport semula;

Kelima: Tidak membenarkan aktiviti transhipment dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit

Keenam: Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

Pada tahun 2019, kajian mengenai rokok haram oleh Japan Tobacco International (JTI Malaysia) dilaporkan menganggarkan bahawa penjualan produk vape dan rokok haram yang tidak dikawal selia boleh menelan belanja kerajaan sekitar RM6 bilion.

Lihat Komen
ADS