Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli politik diminta tak kunjungi Sabah untuk kempen PRK Batu Sapi
Diterbitkan:  Nov 12, 2020 10:36 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Ahli politik dari luar Sabah diberitahu untuk mengambil iktibar dari pilihan raya negeri pada bulan September, oleh itu mereka tidak boleh mengunjungi negeri itu untuk pilihan raya kecil Batu Sapi 5 Disember.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap kerajaan negeri Sabah berhubung Covid-19 yan memaklumkan bahawa rakyat Sabah dapat menangani pilihan raya dan berkempen itu sendiri.

"Berdasarkan pilihan raya yang lalu, jelas ada keperluan untuk disiplin diri. Sekiranya ada keperluan untuk berkempen, orang Sabahboleh melakukan kempen sendiri dengan cara apa pun yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Menteri negeri yang bertanggungjawab untuk kerajaan tempatan dan portfolio perumahan mengatakan Batu Sapi di Sandakan masih kekal sebagai zon merah Covid-19.

Sekurang-kurangnya 450 kes Covid-19 yang dikesan di semenanjung mempunyai kaitan dengan individu yang pulang dari Sabah semasa pilihan raya negeri, katanya seperti dipetik Malay Mail.

"Ini adalah pengajaran yang baik untuk kita renungkan dan tidak masuk akal bagi kita untuk mengulangi kesilapan ini.

"Saya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang sewajarnya untuk menentukan apakah sekatan tersebut harus dilaksakakan," katanya.

PRK Batu Sapi akan diadakan berikutan penyandangnya Liew Vui Keong emninggal dunia. Pencalonan ditetapkan pada 23 November sementara hari pengundian ditetapkan pada 5 Disember, satu hari sebelum PKPB dijadualkan tamat.

Sebilangan besar parti politik memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK ini untuk memberi laluan bagi Warisan mengekalkan kerusi dan mengelak penularan kes Covid-19.

Lihat Komen
ADS