Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno dan PAS guna logo sendiri elak 'berlaga' hadapi PRU
Diterbitkan:  Nov 26, 2020 1:38 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Umno dan PAS - yang bergabung secara rasmi dalam Muafakat Nasional - bersetuju untuk tidak "berlaga" antara satu sama lain dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut presiden Umno itu lagi kedua-dua parti itu juga bersetuju untuk bertanding bertanding menggunakan lambang masing-masing.

"Apa kita telah putuskan [...] kita telah membuat keputusan bahawa Umno dan PAS jangan berlaga sesama sendiri di kerusi yang telah dirundingkan

"Kedua-duanya akan menggunakan lambang masing-masing, asalkan kita tak berlaga sesama sendiri," katanya.

Bercakap dalam temu bual disiarkan Malaysia Gazette malam tadi, ahli parlimen Bagan Datuk itu juga mengesahkan kedua-dua parti mahu gabungan mereka didaftarkan secara rasmi.

Menurut Ahmad Zahid lagi, kerjasama Umno dan PAS menjadi ancaman kepada beberapa pihak kerana ia melemahkan mereka. Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu tidak menamakan pihak tersebut.

Katanya ada usaha yang dibuat untuk memusnahkan kerjasama berkenaan.

"Bukan saja dari luar malah ada yang cuba memecahkan dari dalam," katanya.

Pada masa sama, dia mengakui politik bukan sesuatu yang bersifat jumud sebaliknya sangat dinamik.

Lihat Komen
ADS