Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pulau Pinang anugerah pingat tertinggi kepada mendiang Karpal Singh
Diterbitkan:  Dec 15, 2020 4:08 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Mendiang Karpal Singh akan menerima darjah kebesaran daripada kerajaan negeri Pulau Pinang secara anumerta (posthumous).

Dalam satu pengumuman di Facebook, DAP memaklumkan bahawa mendiang akan menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri - iaitu pingat tertinggi negeri itu - oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran "Dato 'Seri Utama"

“Pergorbananmu tidak akan dilupakan dan perjuanganmu akan terus disemarakkan,” kata hantaran itu.

EMBED:

Pergorbananmu tidak akan dilupakan dan perjuanganmu akan terus disemarakkan. Saudara Karpal Singh akan menerima...

Posted by DAP Pulau Pinang on Monday, December 14, 2020

Mendiang Karpal Singh mula terpilih sebagai seorang Adun pada 1974 di Alor Setar. Dia kemudiannya berpindah ke Pulau Pinang dan berjaya menjadi ahli parlimen Jelutong (1978-1999) dan kemudiannya ke Bukit Gelugor (2004-2014).

Dikenali sebagai peguam jenayah tersohor di negara ini, Karpal Singh terkenal dengan sikap tidak gentar dan bertintegriti, selain komitmennya untuk menjadikan Malaysia negara berbilang kaum dan sekular.

Dia beberapa kali digantung daripada Parlimen dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa Ops Lalang 1987 ketika pentadbiran negara di bawah perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang banyak menahan ahli politik pembangkang tanpa perbicaraan.

Pada 2005, Karpal Singh cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya dan sejak itu mendiang terpaksa berkerusi roda. Namun nasib tidak menyebelahinya pada kali kedua apabila dia terbabit dalam satu lagi kecelakaan jalan raya pada17 April 2014 yang meragut nyawanya.

Ibarat kuah tumpah ke nasi, tiga anak lelaki Karpal Singh turut menjadi wakil rakyat.

Jagdeep, Adun Datok Keramat, adalah exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri; Gobind, ahli parlimen Puchong, pula adalah warga negara berbangsa Sikh pertama yang memegang jawatan menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia semasa pemerintahan singkat Pakatan Harapan.

Ramkarpal pula merupakan ahli parlimen Bukit Gelugor sejak memenangi pilihan raya kecil susulan kematian mendiang pada 2014.

“Meskipun ayah saya pernah cakap yang dia tak akan menerima gelaran semasa aktif berpolitik, saya rasa dia berhak mendapat pegiktirafan secara anumerta ini, atas sumbangan besarnya, bukan sahaja buat Pulau Pinang, tetapi juga buat negara,” kata Ramkarpal kepada Malaysiakini.

“Kami berbesar hati menerima penganugerahan ini bagi pihak mendiang ayah, daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Lihat Komen
ADS