Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
M'sia dikritik lepas pertemuan duta dengan menteri junta tentera

Malaysia mengundang kecaman setelah dutanya ke Myanmar mengadakan pertemuan dengan kerajaan junta tentera negara itu.

Pertemuan antara duta, Zahairi Baharim dengan Menteri Elektrik dan Tenaga Aung Than Oo dilaporkan berlaku semalam.

Tidak jelas apakah yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Video pertemuan itu disiarkan sebuah steven televisyen milik Tatmadaw (tentera Myanmar).

Gambar klip tersebut yang dimuat naik pengasas bersama Free Rohingya Coalition Ro Nay San Lwin tular di media sosial hari ini.

Menurut Ro Nay, Zahairi adalah duta negara Asean pertama yang membuat pertemuan dengan junta tentera.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan yang wakil Thailand, Laos dan Vietnam hadir ke perarakan Tatmadaw di ibu kota Myanmar dua minggu lalu.

Penganalisis politik Asia Tenggara Bridget Welsh berkata pertemuan antara Zahairi dengan Oo memberi keabsahan kepada pemerintahan junta.

"Sokongan terhadap kerajaan yang terlibat dalam jenayah kemanusian bertentangan dengan kenyataan yang dibuat pemimpin Malaysia dan menunjukkan peralihan membimbangkan di Asean," katanya.

Jurucakap Milk Tea Alliance Network for Malaysia juga memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu mengabsahkan junta, dan pada masa sama mengelirukan.

"Ia mengelirukan kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memainkan peranan utama bersama Brunei untuk menganjurkan dialog Asean berhubung pembunuhan di Myanmar.

"Ahli Parlimen pula menggesa Myanmar disingkirkan daripada Asean dan Menteri Luar Hishammuddin Hussein mengecam rampasan kuasa - semuanya baik tetapi (pertemuan duta) membawa kepada kekeliruan," katanya.

Milk Tea Alliance adalah gabungan longgar aktivis prodemokrasi di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur.

Jurucakap tersebut berkata mereka berharap ada penjelasan yang wajar di sebalik pertemuan itu.

"Kami bersangka baik yang ada penjelasan wajar, misalnya ada yang membangkitkan Petronas telah menghentikan operasinya di Myanmar." katanya lagi.

Sementara itu, bekas duta Dennis Ignatius berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Asean memberi kata dua kepada junta untuk mengembalikan kerajaan Myanmar yang dipilih secara automatik, atau disingkirkan daripada Asean.

"Berapa ramai lagi yang patut menjadi korban sebelum Asean ada keberanian dan kesedaran moral untuk bertindak?" soalnya.

Malaysiakini telah menghubungi Hishammuddin untuk mengulas perkara ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS