Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Personaliti media sosial mohon maaf isu gambar seksi dengan PU Amin
Diterbitkan:  Apr 20, 2021 4:47 PM
Dikemaskini: 12:24 PM

Seorang personaliti media sosial tampil memohon maaf susulan gambar Pencetus Ummah Amin bersama dua wanita berpakaian seksi tular semalam.

Melalui Instagram miliknya, individu bernama Nadira Isaac itu berkata dia tidak menyangka gambar tersebut boleh memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak dan ia telah pun dipadamkan akaun media sosialnya.

“Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf dengan PU Amin kerana terpalit dengan isu ini...Saya juga telah memadam hantaran itu untuk menghormati PU Amin.

“Tujuan berkongsi gambar itu ialah kebiasaan saya di Instagram, sama seperti hantaran saya sebelum ni. Tapi mungkin kali ini saya akui kesilapan saya,” katanya dalam video berdurasi 1 minit 29 saat itu hari ini.

Semalam, gambar Amin bersama Nadira dan seorang lagi personaliti media sosial sewaktu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur tular di media sosial.

Amin dalam penjelasannya berkata dia hadir di majlis berbuka puasa berkenaan kerana melihat ada peluang untuk berdakwah secara berdepan dengan golongan yang "ditentangnya" sebelum ini.

Pada masa sama dia akui bahawa ia mungkin boleh membawa "kesan fitnah sangat besar".

Sementara itu, Nadira yang juga seorang usahawan mengucapkan terima kasih kepada Amin atas tazkirah yang sangat berguna kepada tetamu di majlis tersebut.

“Saya rasa pendekatan tazkirah PU sangat sesuai kerana saya banyak kawan daripada golongan LGBT. Sedikit sebanyak mampu mendekati diri saya dan juga rakan-rakan.

“Saya sekali memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan juga orang yang melihat hantaran itu,” katanya lagi yang menyuarakan hasrat untuk mengundang Amin bagi sesi tazkirah di pejabatnya di masa akan datang.

Lihat Komen
ADS