Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (5/13): Kebangkitan Pengawal Ronda
Diterbitkan:  May 5, 2021 12:03 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

"Pada satu hari kami mendapati pengawal keselamatan kami telah menjalankan rondaan yang memerlukan mereka melawat keseluruhan kawasan. Tetapi, semuanya telah diselesaikan di pondok pengawal sahaja tanpa mengeluarkan peluh. Bagaimana mereka melakukannya? Mudah. Mereka mencabut semua teg checkpoint dari lokasi yang ditetapkan, mengumpulkannya di pondok pengawal, dan mengimbas semua checkpoint tersebut menggunakan peranti masing-masing. Bagaimana sistem ronda berasaskan teknologi cloud anda dapat menyelesaikan masalah ini?" Pengerusi Badan Pengurusan Bersama kondominium kediaman bertanya pihak kami.

"Tiada masalah dengan TimeTec Patrol kerana teg NFC (Near Field Communication) yang kami edarkan sebagai checkpoint boleh di pasang pagar geo di dalam sistem kami. Ini bermakna apabila teg NFC dicabut dari lokasi asalnya, admin akan diberitahu melalui notifikasi telefon pintar, dan checkpoint tersebut akan tidak boleh berfungsi serta-merta, menghalang sebarang cubaan penipuan. Dan, kami telah menfailkan paten bagi teknologi ini di Malaysia dan di Amerika Syarikat," jelas Teh Hon Seng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec.

Teh Hon Seng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

Kelemahan sistem pengawal keselamatan konvensional adalah jelas. Penyelia perlu pergi ke setiap checkpoint untuk mengumpul data mingguan dan melaporkannya kepada pihak pengurusan pada setiap minggu atau setiap bulan. Bayangkan jika sebuah kawasan mempunyai 100 checkpoint dan 12 jadual rondaan berbeza setiap hari, pihak pengurusan mungkin tidak mahu memeriksa timbunan laporan secara menyeluruh.

TimeTec Patrol, sebagai sebahagian daripada penyelesaian Bangunan Digital TimeTec, meningkatkan sistem rondaan dengan menghantar notifikasi dalam masa nyata kepada penyelia, ketua pasukan keselamatan, atau anggota pengurusan yang telah dipilih sebagai pentadbir melalui telefon pintar. Contohnya, jika pengawal terlupa untuk merekod kehadiran atau lambat melapor atau tidak mengikuti laluan ronda yang ditetapkan, sistem akan menghantar notifikasi secara automatik kepada pentadbir. Perubahan tugas dan senarai semak ketika rondaan juga dapat diedarkan dengan mudah menggunakan sistem yang sama.

"Sudah tiba masanya untuk merevolusi sistem rondaan kerana hal keselamatan tidak boleh ditunda. Apabila perkara yang berlaku berkait dengan keselamatan, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan aset. Anda tidak mahu membayar RM20K hingga RM50K sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan pengawal dan kemudiannya mengetahui bahawa mereka tidak menjaga harta benda anda dengan betul. Dan, untuk Sistem TimeTec Patrol, anda hanya perlu membayar serendah RM500 sebulan untuk 100 checkpoint dalam memastikan tugas pengawal dilaksanakan dengan sewajarnya. "

"Kami menghabiskan tiga tahun untuk membangunkan Sistem TimeTec Patrol pada tahun 2016, dan sekarang kami merupakan salah satu daripada beberapa sistem patrol keselamatan yang berasaskan teknologi cloud terkenal di dunia. Kami mempunyai hampir 10 ribu pengawal yang menggunakan sistem ini dalam operasi ronda mereka setiap hari. Kami mempunyai pelbagai pelanggan hartanah yang melanggan sistem TimeTec Patrol kami untuk melindungi hartanah mereka bermula dari bangunan kediaman sehingga ke bangunan pejabat, kilang hingga gudang, sekolah hingga ke hospital, bilik pameran hingga ke pusat membeli-belah, dll. Dan banyak syarikat keselamatan mengambil inisiatif untuk melanggan sistem rondaan kami yang mana mereka memiliki peluang yang lebih baik dalam penjualan dengan memberikan jaminan kualiti dan keselamatan yang lebih baik untuk pelanggan mereka. "

Teh mengetengahkan hubungan TimeTec Patrol dengan penyelesaian cloud TimeTec lain yang mampu meningkatkan keselamatan. "Mana-mana projek perumahan yang dipasang TimeTec Smart Alarm (SIRIM dan MCMC Certified) dan TimeTec Patrol dan TimeTec i-Neighbor, ia memberi perlindungan tambahan kepada pemilik rumah kerana sebarang cetusan penggera akan terus memberi amaran kepada pos keselamatan dan pengawal rondaan untuk mereka menyalurkan bantuan dengan segera."

"Untuk bangunan komersial, ia bersangkut dengan TimeTec Tenant dan Sistem Tenaga Kerja Pintar TimeTec, yang sangat membantu ketika aktiviti roll call ketika kebakaran untuk mengenal pasti dan mengeluarkan semua orang dari bangunan tersebut."

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Mo Shuan Jin, Pengurus Jualan di [email protected] (017-3668891). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel keempat siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/572556

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/572555

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

ADS