Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Usahawan kosmetik, rakan direman kes komunikasi lucah, amang seksual

Diterbitkan

Seorang usahawan kosmetik dan rakannya yang disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret mengeluarkan perintah itu ke atas dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bermula hari ini sehingga Ahad (13 Jun) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 dan 15a Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2018.

Dalam prosiding reman itu, kedua-dua suspek diwakili peguam Nursyafiqah Zamani.

Semalam, Bernama melaporkan polis menerima laporan daripada seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang telah melihat pautan Instagram secara langsung oleh dua suspek pemilik akaun dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ dan mereka berpakaian secara menjolok mata.

Perbuatan itu dikatakan berlaku 9 Jun lalu, semasa pemilik akaun Instagram ‘safieyilias94’ mengadakan sesi perbualan sidang video secara langsung bersama rakannya dan disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.