Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dafi: Papa berhak dapat apa yang ada kerana dedikasinya
Diterbitkan:  Aug 20, 2021 10:14 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Tidak pernah mengeluh walaupun selalu pulang lewat gara-gara terikat dengan komitmen kerja, itu antara kekentalan dilihat Dafi pada Ismail Sabri Yaakob dan membuatkan bapanya itu berhak mendapat apa yang ada sekarang.

Kata Dafi dia memang mengagumi tahap kesabaran ahli parlimen Bera itu bekerja keras dan dengan penuh dedikasi.

Katanya sikap tenang Ismail Sabri boleh dilihat ketika dia mengendalikan krisis kesihatan semasa yang diancam pandemik Covid-19 dan pada masa sama berdepan dengan banyak tekanan.

“Saya mengagumi tahap kesabaran Papa. Saya fikir, Papa berhak mendapat apa yang diperolehnya sekarang kerana dedikasinya.

“Doa saya semoga Allah permudahkan kerja Papa mentadbir negara," katanya dipetik Astro Awani.

Menurut Dafi lagi dia sekeluarga menyedari Ismail Sabri mengambil alih teraju kepimpinan negara dalam suasana penuh gelora.

Namun, katanya, berkat pengalaman yang ada pada naib presiden Umno itu, dia amat yakin cabaran tersebut akan dapat diharungi.

Hari ini Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Sambil memanjatkan kesyukuranm Dafi, 32, berkata takdir yang tertulis buat Ismail Sabri itu adalah anugerah tertinggi daripada Allah.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu berkata, pelantikan berkenaan juga disifatkan sebagai menjadi sumber inspirasi buat mereka sekeluarga.

“Saya terlalu gembira buat Papa. Kerja kerasnya serta disiplin akhirnya memberikan hasil. Ini semua kejayaan peribadi Papa, saya dan adik-beradik lain serta ibu hanyalah sistem sokongan buatnya.

“Papa tidak akan menjadi Perdana Menteri kalau bukan kerana komitmen luar biasanya pada negara.

"Saya amat yakin Allah hadirkan rezeki ini buat Papa kerana Papa mampu untuk memikul amanah rakyat,” katanya.

Lihat Komen
ADS